I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 21 February 2011

Manfaat Menyayangi Haiwan...

Tahukah anda, haiwan peliharaan adalah perangsang emosi positif semula jadi; dengan menghabiskan masa selama 15 hingga 30 minit berjalan di taman bersama kucing atau anjing; atau sekadar melihat ikan berenang, paras hormon berkaitan tekanan akan menjadi rendah.


Pada masa sama, paras hormon serotonin, yang penting untuk kesihatan menyeluruh, pula meningkat.

Kajian pada 1999 yang disiarkan dalam Jurnal Geriatrik Amerika mendapati, warga tua yang tinggal sendirian bertemankan haiwan peliharaan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental lebih baik berbanding individu tanpa haiwan peliharaan. Mereka didapati lebih sihat, aktif dan dapat menangani tekanan dengan lebih baik.

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Haiwan peliharaan perlukan banyak aktiviti cergas (sifat semula jadi haiwan) dan antara cara memenuhi keperluan itu ialah dengan membawa haiwan mereka berjalan atau bersenam; atau setidak-tidaknya bermain bersama mereka.

Walaupun dianggap remeh, aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada pemilik haiwan kerana ia secara tidak langsung menggalakkan mereka bersenam biarpun hanya berjalan.

Namun begitu, tahukah anda berjalan adalah senaman paling mudah dan murah tetapi memberi kesan besar terhadap peningkatan tahap kesihatan jika ia dilakukan 20 hingga 30 minit sehari, sekurang-kurangnya empat hingga lima kali seminggu.

Selain meningkatkan tahap kecergasan, ia membantu mengurangkan berat badan dan memudahkan kawalan penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi.

Bagi pesakit kencing manis, penjagaan makanan dan pengambilan ubat saja tidak cukup untuk mengawal penyakit anda. Paras darah lebih mudah diturunkan jika ia disertai senaman. Pada masa sama, senaman boleh membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah.

Tidak seperti manusia (termasuk pasangan atau anak sendiri) yang berasa bosan apabila mendengar cerita sama berulang-ulang, haiwan peliharaan sentiasa bersedia menjadi pendengar yang baik kepada cerita, luahan rasa atau masalah anda.

Apatah lagi anda mengelus dan membelai haiwan peliharaan ketika bercakap dengannya. Meluahkan masalah antara cara yang boleh mengurangkan tekanan.

Haiwan peliharaan juga boleh memberi perlindungan kepada jantung. Kajian selama 20 tahun yang dijalankan Pusat Penyelidikan Strok Minnesota, Amerika Syarikat, ke atas lebih 4,000 orang berumur 30 hingga 75 tahun mendapati, individu yang tidak pernah membela kucing mempunyai kebarangkalian 40 peratus meninggal dunia akibat serangan jantung dan risiko 30 peratus lebih tinggi meninggal dunia akibat penyakit jantung lain.

Bagaimanapun, manfaat ini tidak dilihat pada pemilik anjing dan penyelidik tidak dapat menerangkan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Malah di kalangan pakar perubatan pun ada yang tidak bersetuju dengan kesimpulan daripada kajian berkenaan dan percaya pemilik haiwan peliharaan itu mempunyai daya tahan serta bijak menangani tekanan.

Hakikatnya individu yang membela haiwan peliharaan biasanya bersifat penyabar, tidak mudah tertekan dan haiwan itu secara tidak langsung dapat mengalihkan perhatian seseorang daripada asyik memikirkan masalah.

Selain itu, manfaat dirasai pemilik haiwan peliharaan banyak dicatat dalam pelbagai kajian sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Haiwan peliharaan membantu anda awet muda, terutama bagi individu yang bersara. Jangan salah anggap, awet muda yang dimaksudkan di sini bukan di segi penampilan tetapi kesihatan fizikal dan mental.

Tidak melakukan apa-apa selepas bersara adalah laluan ekspres ke arah penuaan. Mempunyai haiwan peliharaan memberi anda ‘tugas’ dan tanggungjawab baru (untuk menjaganya) iaitu memberi makan, membersihkan badan haiwan peliharaan, membuang najis dan membawanya berjalan.

Aktiviti anda tidak terhad kepada rutin harian menjaga saja kerana kebanyakan pemilik haiwan peliharaan mempunyai kecenderungan untuk berbual dengan orang yang sukakan haiwan. Ia secara tidak langsung memberi anda peluang untuk berinteraksi dan mempunyai lebih ramai kawan.

Malah ada yang menyertai acara lebih besar seperti pertandingan haiwan peliharaan tercantik. Jika tidak turut serta pun, anda masih boleh membawa anak dan cucu menyaksikan pertandingan atau pameran seumpama itu sebagai aktiviti pendidikan tidak formal.

Membela haiwan peliharaan juga antara cara mengurangkan risiko alahan dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Pakar kesihatan berpendapat antara faktor kepada peningkatan kes alahan di seluruh dunia, terutama di negara maju, ialah persekitaran yang ‘terlalu bersih’ dan tidak pernah terdedah kepada alergen iaitu bahan yang boleh mencetuskan gejala alahan.

Alahan terhadap haiwan peliharaan antara pencetus serangan asma. Kajian mendapati kanak-kanak yang dibesarkan dalam rumah yang ada kucing kurang kemungkinan mendapat asma apabila besar.

Bagaimanapun, jika anda atau ada ahli keluarga yang memang alah terhadap haiwan atau menghidap asma, jangan membela haiwan peliharaan kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

KePenatan Ku Berbaloi..

hum wlupun pnt ulang alik kg tpi hati aku puas..puas dpt bsama ngn kluarga..bertapa tenangnya hati ni ble dapat menatap wajah2 insan2 yg ku sayangi n cintai..my mum still in ward..hum ble agk nye dy dpt kwr aek..kahmis ni dr pakar buah pingang akn dtg,hopely my mum kidney still can function normally..xsngup nk tgk mum kne dialisis...well sambil jge mum kt wad smbil jd gle2 jap..haha..wat hspital 2cam umh sndiri dh...hum rindu kt my dear..dpt jmpe dy kjap jer...but ley r lps rndu skit..bie...miss u so much cyg...
so ni pic2 spnjng wekend hri 2..huhu...



















Friday 18 February 2011

Kegembiraan Berlarutan...

hurm...pnt smlm msih trasa lg..but happy sgt2 cz kpenatan 2berbaloi. mlm td my dear ambk..happy nye dpt jmpe..wlupun kjap je tpi jdlah dpt lps rindu... hehe...now kat hsptl jenguk my mum..alhamdulilah mkin ceria tgk dia..slera makan pn dh ada...harap2 kesihatan mum mkin elok..cpt2 sembuh ye mum..tringin nk mkn msakan mum..hehe...doakan kesihatan mak saya yer...luv all my syg... (:

Thursday 17 February 2011

Hidup Umpama Roda

Kehidupan manusia umpama sebuah roda. Kadang- kadang kita kat bawah kadang- kadang kita kat atas... Banyak perkara yang dilalui sejak dari kecil hinggalah dewasa. Pengalaman masa lalu dijadikan pengajaran untuk menghadapi masa hadapan. Segala pengalaman suka duka kehidupan akan kita jadikan kenangan yang tak akan dilupakan supaya dapat menjalani kehidupan akan datang dengan lebih sempurna. "SETIAP YANG KITA IMPIKAN TAK SELALUNYA INDAH.. KESUNYIAN MENGAJAR KITA HIDUP BERDIKARI.. TANGISAN ADALAH KASIH SAYANG... NAMUN HANYA 1 YANG KITA AKAN INGAT SEUMUR HIDUP IALAH KENANGAN...."