I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 10 August 2011

11 Ramadhan..


Kita kini berada di hari ke 11 Ramadhan. Ini bermakna, kita telah berada di fasa kedua
Ramadhan. Kita telah meninggalkan fasa “rahmat” manakala kita kini memasuki fasa
“maghfirah”. Sepuluh hari yang berlalu, kita berharap rahmah, belas kasihan dari Allah.
Di hari mendatang, pintu maghfirah Allah terbuka luas menunggu kepulangan hambahamba-
Nya.


Kita perlu menilai semula, review pencapaian kita. Untuk itu, kita boleh mengambil
iktibar dari sebuah kisah yang dinukilkan oleh Sheikh Said Hawa mengenai Al-Hasan bin
Abul Hasan al-Bishri. Bahawa beliau ini pada suatu ketika di bulan Ramadhan berjalan
melalui satu kelompok manusia yang sedang tertawa sambil bersenda gurau, kemudian
al-Hasan berkata:

“Sesungguhnya Allah azzawajalla menjadikan Ramadhan sebagai bahan ujian yang
tersembunyi bagi seluruh makhluk-Nya. Semua orang sama berlumba-lumba, atau
dahulu-mendahului untuk berbuat ketaatan kepada Allah (SWT). Kemudian ada
golongan yang dapat mendahului golongan lain, merekalah orang-orang yang beruntung
dan berjaya. Sedang golongan lain ada yang tertinggal di belakang dan mereka itulah
orang-orang yang menyesal dan merasa mendapat kerugian yang besar. Oleh sebab itu
adalah heran seheran-herannya ketika saya melihat ada orang yang tertawa, bermainmain
pada hari seperti sekarang ini dalam bulan Ramadhan, padahal di saat ini adalah
hari sebahagian manusia menjadi beruntung dan berjaya , sedangkan ada sebahagian
manusia lainnya yang merasa rugi dan menyesal. Yang berbahagia ialah orang-orang
yang mendahului kawan-kawannya untuk mentaati Dzat Yang Maha Pencipta, dan yang
merugi ialah orang yang hanya gemar melakukan kebatilan dan kesia-siaan.”

Setelah melalui sepertiga Ramadahan, eloklah kita berhenti sejenak, menilai prestasi
kita dalam sepuluh hari yang telah berlalu. Antara soalan yang boleh kita tanyakan diri
kita ialah:
􀂉 Sudahkah kita memanfaatkan sebaik-baiknya kehadiran bulan ramadhan yang
penuh berkat ini?
􀂉 Sudahkah kita cuba sedaya upaya mencantikkan puasa kita?
􀂉 Sudahkan kita memastikan anak-isteri-suami dan seluruh keluarga kita sama-sama
menikmati keberkatan Ramadhan ini?
􀂉 Sudahkah kita mencapai tahap minimum pembacaan al-Quran setiap hari? Jika
standard kita ialah satu juzuk sehari, maka kini sepatutnya kita telah melebihi
sepuluh juzuk.
􀂉 Sudahkan kita memastikan sunat-sunat puasa seperti bersahur disempurnakan?
􀂉 Sudahkah kita memastikan kita tetap istiqamah dengan solat tarawih dan berazam
untuk meneruskannya ke hujung Ramadhan?
􀂉 Sejauh manakah Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas?


Kuatkan tekad untuk melipatganda amal dan beristighfar atas ketelanjuran
kita.
       

Tuesday 9 August 2011

10 Ramadhan..


Sudah 10 hari kita berpuasa bersama-sama.Rasa sekejap jer kan..he..okey hari nie kje malam, tak sabar nak tunggu hari jumaat.he..Okey sekarang kita sambung becerita tentang ramadhan lagi okey..
Ramadhan yang penuh keberkatan ini disambut di seluruh dunia secara serentak.
Walaupun kedudukan geografi yang berlainan, kita tidak dapat
menyambutkan pada satu ketika yang sama.. tetapi semuanya menyambut pada satu
tarikh yang sama yakni kemunculan anak bulan Ramadhan di tempat masing-masing.

Sesungguhnya Ramadhan membayangkan kesejagatan dan solidariti Islam. Di setiap
detik dalam 24 jam, kita akan mendapati ada saja umat Islam yang sedang berpuasa, yang
sedang berbuka, yang sedang bertarawih, membaca al-Quran, bersahur dan pelbagai
aktiviti lain merai’kan Ramadhan mubarak ini.
Kita dapati umat Islam tediri dari pelbagai jenis warna kulit, bangsa, kumpulan etnik,
bahasa dan kebudayaan. Namun dengan sambutan Ramadhan yang serentak; mereka
bersatu dalam kepelbagaian ini. Jelas terserlah ruh ayat Allah:
"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta
alam."
( Surah al-Anbiyaa’:107)

Kesatuan dalam kepelbagaian (unity in diversity) ini adalah ciri penting Islam. Kita
berbeza bukan sekadar budaya dan warna kulit tetapi kadangkala sehingga dalam
beberapa hal cara beribadah. Namun kita tetap bersatu di atas perkara pokok dan
prinsip.
Misalnya tiada umat Islam yang mempertikaikan kewajipan puasa di bulan Ramadhan,
tiada yang tidak bersetuju bahawa awal puasa ialah dengan melihat bulan, tiada yang
membangkang jika dikatakan yang sakit dan dalam perjalanan dibenarkan berbuka dan
tiada yang mengatakan solat malam di bulan Ramadhan itu amat digalakkan. Ini adalah
perkara-perkara pokok dan prinsip dan tidak ada pertikaian mengenainya.
Namun di kalangan kita mungkin berbeza dari segi cara menentukan “anak bulan telah
kelihatan” atau samada “orang yang dalam perjalanan yang mudah perlu berpuasa atau
tidak” dan samada “ solat tarawih itu 20 rakaat atau 8” dan seumpamanya. Perbezaan
pendapat yang kecil sedemikian tidak semestinya tidak menunjukkan ketidaksatuan;
asalkan semuanya berdasarkan hujjah dan nas yang kuat.

Perbezaan pendapat sedemikian juga tidak semestinya menyebabkan kita berbalah;
berkelahi atau rendah-merendahkan. Para sahabat pernah berbeza pendapat dalam bab
puasa dalam perjalanan. Lihat sikap mereka
Anas bin Maalik berkata:
"Kami sedang bermusafir bersama dengan Rasulullah (saw) semasa Ramadhan dan di
kalangan kami ada yang berpuasa, ada yang tidak berpuasa. Golongan yang berpuasa
tidak menyalahkan orang yang tidak berpuasa dan golongan yang tidak berpuasa tidak
menyalahkan orang yang berpuasa.
[ hadis riwayat Bukhari and Muslim]
Itulah sikap sahabat-sahabat Nabi (saw) yang harus kita contohi. Tidak ada sebab untuk
kita merendah-rendahkan amal perbuatan orang lain atau merasa diri kita lebih besar,
lebih hebat, lebih banyak amal, lebih wara’, lebih tinggi darjat taqwa berbanding dengan
mereka yang mempunyai kelainan dari sudut perkara-perkara khilafiyah sebegini.
Ingatlah pesanan Allah:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang
lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang
mengolok-olokkan)
(surah al-Hujurat: 11)

Berhati-hatilah dengan jarum-jarum halus yang bakal merosakkan amal kita. Jangan
dilayan perasaan bahawa kita lebih baik dari mereka kerana kita melaksanakan sesuatu
amal yang lebih lebih banyak, lebih kerap, lebih sempurna sambil kita memandang
rendah orang lain.
Boleh jadi juga dalam keghairahan mencari yang lebih ‘benar’ dan lebih ‘banyak’ kita
terpedaya dengan tipu-daya hawa nafsu kita yang memesongkan.
Ingatlah, sebaik sahaja kita merasa diri kita lebih taqwa dari orang lain, di ketika itu
bukanlah layak lagi kita digelar bertaqwa!

9 Ramadhan..


Penatnyer rasa badan hari nie..semalam shif petang hari ni pagi lak,letih kowt.. Tapi tak per, kena sabar.. Okey hari ini kita akan becerita apa pekara yang paling mulia kalau kita buat dalam bulan ramadhan nie..
Salah satu ruh yang penting dalam puasa ialah mewujudkan rasa kebersamaan dengan
orang yang kurang bernasib baik. Puasa membolehkan kita yang berkemampuan (secara
sukarela) merasa apa yang dirasai (secara terpaksa) oleh golongan yang tidak
berkemampuan menikmati makanan dan minuman yang mencukupi setiap hari.
Bayangkan, kita menahan diri secara sukarela sedangkan peti-sejuk kita dipenuhi
makanan, kabinet dapur kita sendat dengan pelbagai bahan, tetapi mereka yang kurang
bernasib baik terpaksa berlapar kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membeli
walaupun makanan yang asas seperti beras dan minyak. Kita masih boleh bergembira
kerana kita tahu, lapar kita sekadar adalah seketika, sementara menunggu berbuka tetapi
bagi mereka entah malam ini, entah esok belum pasti ada cukup makanan untuk seisi
keluarga.

Memberi makan kepada orang yang lapar adalah tugas mulia.
Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada
Rasulullah (saw).
"Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik?"
Rasulullah saw menjawab:
"Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang
yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal".
(hadis Riwayat Bukhari).

Jangan kita anggap bahawa golongan yang sebegini hanya wujud di Palestin, Kashmir
atau di Somalia. Golongan yang kurang bernasib baik sedemikian mungkin wujud di
kawasan atau daerah kita.
Saya ada membaca cerita ini daripada salah seorang penulis blog. Seorang rakan penulis blog itu ada menceritakan pengalamannya menziarahi sebuah kampung di pinggir Johor Bahru baru-baru ini:
"Pak Ali ni kerja apa Tok", tanyaku kepada Tok Ketua. "Kerja memukul kulit kayu bakau
untuk dijadikan kayu arang", jawab Tok Ketua sambil menunjuk ke arah kilang kayu
arang. "Berapa upahnya Tok Ketua", perasaan ingin tahuku menebal. "20 sen
sebatang"."Sebatang tu panjang mana?", tanyaku lagi. Aku mengharap Tok Ketua tak
bosan melayaniku."Sebatang kayu sepanjang 6 kaki. Kalau kerja sampai malam,
mungkin boleh dapat RM12 sehari. Kalau tak kerja, tak de le gaji." jawab Tok Ketua
panjang lebar.”
Di ketika lain:
"Mak cik tak kerja hari ini", tanyaku memecahkan kesunyian. "Tak, hari Ahad cuti",
jawabnya spontan. "Mak cik kerja kat mana?", tanyaku lagak reporter. "Mak cik kerja
kat kilang Pasir Gudang. Baru aje 3 bulan...mak cik ni ada sakit mental". "Sebelum ni
mak cik kerja kat mana?" pintasku. "Mak cik sebelum ni tak kerja. Dapat bantuan
daripada Jabatan Masyarakat RM160 sebulan. Tapi sebulan dua ni, lambat masuk. Siapa
nak bagi anak-anak mak cik ni makan", terangnya sambil mengusap2 kepala anaknya. Ku
lihat matanya mula bergenangan. Bibirku terkelu sayu.

Mari sama-sama kita merenung tindakan kita membaca pengalaman rakan ini dalam
konteks dua hadis ini:
“ Tidak beriman kepadaku siapa yang tidur kenyang padahal jirannya lapar dan di
sampingnya sedangkan dia tahu jirannya lapar”.
(hadis riwayat Tabarani)

Dalam hadis lain, Rasulullah (saw) bersabda:
“ Apabila anda memasak lauk, perbanyakkanlah kuahnya, kemudian lihatlah ahli
jiranmu dan berikanlah kepada mereka sebahagian darinya dengan baik.”
(hadis riwayat Muslim)

Walaupun mereka bukan jiran sebelah rumah kita tetapi mereka jiran sedaerah, senegeri
senegara dengan kita. Marilah sama-sama kita merealisasikan salah satu ruh puasa ini dengan menyumbang
sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada kita untuk membantu golongan yang
tidak bernasib baik. Pelbagai cara boleh dilakukan; banyak peluang kini dibuka.
Pokoknya tepuk dada.. tanyalah iman kita..


Sunday 7 August 2011

8 Ramadhan...

Sudah 8 hari kita sama-sama menjalani ibadah puasa..hurrmm badan masih letih lagi semalam sampai dari kampung tengah malam..huhu..rindu dihati terhadap keluarga masih belum terubat lagi..alamak semalam tak sempat nak menulis sebab agak sibuk dengan hal-hal yang tak dapat dielakkan..okeylah hari ini kita sambung becerita lagi tentang ramadhan ok..
Dalam sebuah hadis, Nabi (saw) bersabda:
Tidaklah berpuasa itu dari makan-minum semata, tetapi berpuasa itu adalah dari
perbuatan kosong dan perkataan keji. Maka jika kau dicaci orang atau diperbodohnya,
hendaklah kamu mengatakan: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!”
(hadis riwayat Ibnu khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Jelas kepada kita bahawa puasa yang berkualiti bukan sekadar menahan diri dari dari
makan-minum. Tetapi kita perlu juga menahan diri dari perbuatan kosong (lagha). Cuba
bayangkan berapa banyak perbuatan lagha yang kita buat hari ini; dari berbual kosong
sehingga kepada bermain computer games atau menonton television. Sebaliknya kita
perlu sibukkan harian kita dengan kerja-kerja yang produktif; untuk dunia dan akhirat
kita. Jika mempunyai luang dari waktu bekerja mencari nafkah kita, sibukkan diri
dengan membaca al-Quran, terjemahannya atau berzikir atau i’tikaf atau menghadiri
majlis ilmu atau membaca buku-buku agama dan seumpamanya.

Satu lagi adab penting orang berpuasa ialah mengawal lidah dan perasaan. Orang yang
berpuasa adalah seorang yang tenang, sabar dan berhati-hati dalam percakapannya.
Puasa itulah membolehkan beliau untuk mengawal diri dari memberi tindak balas
negatif apabila diuja dengan perkara-perkara negatif oleh orang lain.
Abu Hurairah (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
Dan puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata
keji dan meninggikan suara atau mencaci maki. Dan seandainya dicaci oleh seseorang
atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!”.
(hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Annisa’i)

Begitu kuat tuntutan kita menjaga lidah ini ditekankan lagi dalam sebuah hadis lain pula
di mana Nabi (saw) bersabda:
"Sesiapa yang tidak menghentikan perkataan-perkataan dusta dan melakukan kedustaan
itu, maka Allah tidak merasa perlu ia meninggalkan makan-minumnya."
(hadis riwayat Jama’ah kecuali Muslim)

Marilah kita berusaha dan berdo’a agar Allah swt mempermudahkan kita menjalani
ibadah puasa kita dengan paling sempurna. Semoga puasa kita hari ini lebih baik dari
semalam, dan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..aminn..

           

Friday 5 August 2011

6 Ramadhan...

Alhamdulilah akhirnya dapat juga diri ini berpuasa di kampung juga.. Gembira rasa hati ini dapat melihat wajah ibunda tercinta dan ayahnda tersayang, serta my siblings yang semuanya berkumpul untuk sama-sama berpuasa dikampung, i luv u all so much lah.. Okey hari ini kita akan  bercerita apa keistimewaan kepada orang yang berpuasa pada hari akhirat nanti..
Orang-orang yang berpuasa nanti akan mempunyai keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga. Dan kita akanbergembira bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah
nanti. Inilah kegembiraan yang hakiki.
Selain itu orang yang berpuasa juga dijanjikankeampunan bagi dosa yang lalu. Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah (saw) telah bersabda:
“ Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan
mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu”
(hadis riwayat Ahmad dan Ashabussunan)
Kalau dilihat bentuk hadis ini, ianya seakan sama dengan hadis mengenai keutamaan
solat tarawih. Di dalam hadis ini bukan sahaja disebutkan janji keampunan dosa bagi orang yang berpuasa tetapi juga syarat untuk mendapat anugerah ini iaitu berpuasa dengan “imaanan wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “ iman dan mengharapkan keredhaan Allah”. Puasa kita bukan kerana budaya,
bukan kerana adat, bukan kerana manusia, bukan kerana kesihatan, bukan kerana
ketiadaan makanan. Tetapi kerana keazaman kita memenuhi tuntutan iman dan benar-benar
mengharapkan keredhaan Allah.
Niat dan keazaman yang sedemikian akan menyebabkan kita tekun menjaga syaratsyarat
dan adab-adab dalam puasa kita; bagi melayakkan kita mendapat keampunan bagi
dosa-dosa kita yang lalu. Abu Said al-Khudri berkata bahawa Nabi (saw) pernah
bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengetahui batas-batasnya dan ia
menjaga diri dari segala apa yang patut dijaga, dihapuskanlah dosanya yang
sebelumnya.”
(hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Jelas kepada kita bahawa hanya puasa yang terjaga dari batas-batasnya sahaja yang akan
diterima dan layak untuk menerima keistimewaan yang dijanjikan. Sebab itu Nabi (saw)
memberi kita peringatan, sekiranya kita tidak berhati-hati, kita mungkin terjerumus ke
dalam golongan manusia yang tidak memperolehi apa-apa dari puasa dan solat tarawih
mereka.Abu Hurairah berkata Nabi (saw) bersabda:
 “Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi
tiada yang diperolehinya kecuali rasa lapar dan berapa banyak orang bersembahyang
malam, tetapi tiada yang ia perolehi selain dari rasa mengantuk
(hadis riwayat an-Nisai dan Ibn Majah)
Yang dimaksudkan oleh Nabi (saw) ialah orang yang berpuasa hanya
dengan berlapar tetapi tidak kerana mencari keredhaan Allah serta tidak kisah dalam
menjaga adab-adab dan batas-batasnya yang lain. Semoga Allah menjauhi kita dari
termasuk ke dalam golongan ini; golongan orang yang berlapar dahaga tetapi tidak
memperolehi apa-apa; puasa tidak diterima; dosa tetap tidak berampun.
Semoga Allah swt menerima puasa kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan membantu
kita ke arah meningkatkan kualiti puasa kita.

    

Thursday 4 August 2011

5 Ramadhan....

hurm cepat sungguh masa berlalu..hari ini sudah masuk 5 Ramadhan.. Tahu tak bahawa puasa yang sedang kita jalani ini merupakan jalan singkat untuk mendapat rahmat, pahala dan keberkatan dari Allah.

Orang-orang yang berpuasa merupakan golongan yang terpilih, special, dan mempunyai
keistimewaan pada hari qiamat. Sahal bin Sa’ad berkata bahawa Nabi (saw) bersabda:
“Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut “rayyan”. Akan diseru pada
hari qiamat: “ Mana orang yang berpuasa?”. Lalu bila orang yang terakhir dari mereka
telah masuk, maka pintu itupun ditutup”.
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Puasa ini juga bakal menjadi pembela dan pemberi syafaat kepada kita. Menurut
Abdulah bin Umar (ra), Nabi (saw) bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada hari qiamat. Berkata
puasa: “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan
sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu”. Dan berkata pula al-Quran: “ Engkau
larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu”.
Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.”
(hadis riwayat Ahmad)

Orang yang berpuasa akan bergembira apabila bertemu dengan Tuhannya nanti seperti
hadis dariAbu Hurairah bahawa Nabi (saw) bersabda:
“ Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui Tuhannya
nanti, ia akan gembira kerena puasanya.”
(hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa’i)

Jelas kepada kita status atau kedudukan orang-orang yang berpuasa. Memang dalam
mengerjakan puasa itu terdapat kesukaran, keletihan dan kesusahan. Memang puasa
memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Tetapi yakinlah dengan janji Allah melalui
lisan Nabi-Nya ini. Puasa bakal memohon syafaat bagi kita. Kita mempunyai
keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga. Dan kita akan bergembira
bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah nanti. Inilah
kegembiraan yang hakiki.
Semoga Allah menggabungkan kita ke dalam orang-orang istimewa dan memperoleh
syafaat dari puasa yang kita kerjakan. Aminn... (:
                  

4 Ramadhan: Solat Sunat Terawih..

Assalamualaikum..okey hari ini kita nk becerita tentang terawih pulak..

Di antara perkara yang menjadi syi’ar dalam bulan Ramadhan ialah solat sunat tarawih
yang kita hadiri pada malam ini. Solat ini sangat besar pahalanya seperti hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya:
“ Rasulullah (saw) menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan,
tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang bangun pada malam
bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah
dosa-dosanya yang telah lalu.” “

Cukuplah bagi kita hadis Nabi (saw) ini untuk menjadi perangsang kepada kita untuk
solat tarawih. Baginda menganjurkannya sambil menjanjikan keampunan dari dosa-dosa
yang telah lalu.
Kita semua orang yang berdosa.. maka marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan
keampunan bagi dosa-dosa kita.

Satu perkara yang harus diperhatikan ialah syarat yang diletakkan oleh Nabi (saw) untuk
mendapat pengampunan dosa yang telah lalu ialah kita bangun bersolat dengan “imaanan
wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “ iman dan mengharapkan keredhaan
Allah”. Maknanya kita memastikan ketulusan iman, keikhlasan niat, penyerahan yang
redha kepada Allah. Ia bermakna kita perlu berusaha meningkatkan kualiti tarawih kita.

Satu perkara yang sering menjadi bahan perdebatan mengenai tarawih ialah bilangan
rakaatnya. Ada pula yang menimbulkan persoalan lain; solat berseorangankah yang baik
atau berjamaah? Sikap terbaik dalam hal ini ialah kita berlapang dada dengan perbezaan
pendapat yang wujud ini tanpa memperkecilkan atau meremehkan salah satu pendapat
yang lain. Perdebatan ini akan tidak berkesudahan kerana masing-masing mempunyai
kekuatan hujjahnya masing-masing.

Yang penting, pilihlah satu pendapat yang kita yakini hujjahnya dan berusahalah mencari
jalan bagi mendapatkan solat tarawih yang paling berkualiti. Ini mungkin bermakna kita
akan solat di surau berdekatan rumah kita atau kita terpaksa bersolat di masjid atau surau
yang jauh dari rumah kita. Atau mungkin ia bermakna kita akan solat sendirian atau
bersama keluarga di rumah.

Apa yang perlu kita risaukan ialah bagaimana kualiti tarawih tersebut; tidak kira samada
ianya 20 atau 8 rakaat, di masjid jauh atau di surau dekat, kita kerjakan berseorangan
atau berjamaah.
Yang penting, solat tarawih yang mempunyai kualiti “imaanan wah tisaaban” bukan dibuat
sekadar melepaskan batuk di tangga tetapi dengan perancangan yang sedar dan
pemilihan yang teliti. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan
kita di kalangan orang yang diredhai-Nya.

           

Wednesday 3 August 2011

Hikmah Bersahur.. (:

Okey hari nie kite citer pasal hikmah kita bersahur..

Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah
bersahur. Bersabda Nabi (saw):


“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda:
“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu
hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat
kepada orang-orang yang bersahur”.
(hadis Riwayat Ahmad)

Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin
Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw):

“Para sahabat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-orang yang paling bersegera
berbukanya dan paling lambat bersahurnya”
(Riwayat Baihaqi)

Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama,
ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah
sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat.
Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta
dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu
direbut oleh setiap insan. Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk
kita bangun esok pagi untuk bersahur.

Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga
di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a.
Ambillah peluang bangunnya kita di waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat
tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar.
Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar
kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai. Menurut
sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:

“ Bahwa Rasulullah (saw) melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di
awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat,
dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.”
(riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Nabi
(saw):

“Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
(hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i)

Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah
tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan
dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi,
melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat,
peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat
pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya.

Monday 1 August 2011

Untuk Renungan Bersama..2 Ramadhan

Allah swt berfirman, maksudnya:


Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa .
(Surah al-Baqarah: 183)

Ayat ini merupakan ayat yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di
samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan dari ibadah
puasa kita “agar kamu bertaqwa”. Darjah taqwa ialah darjah tertinggi yang boleh
dicapai oleh seorang hamba. Orang yang bertaqwa dijanjikan surga oleh Allah:

“ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang
penuh kenikmatan di sisi Tuhannya”
(Surah al-Qalam:34)

“ Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnnya
seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah ali-Imran: 133)

Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam al-
Quran:


“Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagi
orang-orang yang bertaqwa."
(Surah al-Baqarah: 1-2)

Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan layak
mendapat bantuan Allah di dunia lagi. Firman Allah bermaksud:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan
keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Surah at-Talaq: 2-3)

Orang-orang bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah:

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang
bertaqwa dari kalangan kamu”
(Surah al-Hujurat: 13)

Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi
orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan
bantuan sejak di dunia lagi.
Pasti untuk memperolehinya agak sukar.
Namun kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT.
Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat
taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita
Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin.