Tuesday, 9 August 2011
9 Ramadhan..
Penatnyer rasa badan hari nie..semalam shif petang hari ni pagi lak,letih kowt.. Tapi tak per, kena sabar.. Okey hari ini kita akan becerita apa pekara yang paling mulia kalau kita buat dalam bulan ramadhan nie..
Salah satu ruh yang penting dalam puasa ialah mewujudkan rasa kebersamaan dengan
orang yang kurang bernasib baik. Puasa membolehkan kita yang berkemampuan (secara
sukarela) merasa apa yang dirasai (secara terpaksa) oleh golongan yang tidak
berkemampuan menikmati makanan dan minuman yang mencukupi setiap hari.
Bayangkan, kita menahan diri secara sukarela sedangkan peti-sejuk kita dipenuhi
makanan, kabinet dapur kita sendat dengan pelbagai bahan, tetapi mereka yang kurang
bernasib baik terpaksa berlapar kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membeli
walaupun makanan yang asas seperti beras dan minyak. Kita masih boleh bergembira
kerana kita tahu, lapar kita sekadar adalah seketika, sementara menunggu berbuka tetapi
bagi mereka entah malam ini, entah esok belum pasti ada cukup makanan untuk seisi
keluarga.
Memberi makan kepada orang yang lapar adalah tugas mulia.
Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada
Rasulullah (saw).
"Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik?"
Rasulullah saw menjawab:
"Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang
yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal".
(hadis Riwayat Bukhari).
Jangan kita anggap bahawa golongan yang sebegini hanya wujud di Palestin, Kashmir
atau di Somalia. Golongan yang kurang bernasib baik sedemikian mungkin wujud di
kawasan atau daerah kita.
Saya ada membaca cerita ini daripada salah seorang penulis blog. Seorang rakan penulis blog itu ada menceritakan pengalamannya menziarahi sebuah kampung di pinggir Johor Bahru baru-baru ini:
"Pak Ali ni kerja apa Tok", tanyaku kepada Tok Ketua. "Kerja memukul kulit kayu bakau
untuk dijadikan kayu arang", jawab Tok Ketua sambil menunjuk ke arah kilang kayu
arang. "Berapa upahnya Tok Ketua", perasaan ingin tahuku menebal. "20 sen
sebatang"."Sebatang tu panjang mana?", tanyaku lagi. Aku mengharap Tok Ketua tak
bosan melayaniku."Sebatang kayu sepanjang 6 kaki. Kalau kerja sampai malam,
mungkin boleh dapat RM12 sehari. Kalau tak kerja, tak de le gaji." jawab Tok Ketua
panjang lebar.”
Di ketika lain:
"Mak cik tak kerja hari ini", tanyaku memecahkan kesunyian. "Tak, hari Ahad cuti",
jawabnya spontan. "Mak cik kerja kat mana?", tanyaku lagak reporter. "Mak cik kerja
kat kilang Pasir Gudang. Baru aje 3 bulan...mak cik ni ada sakit mental". "Sebelum ni
mak cik kerja kat mana?" pintasku. "Mak cik sebelum ni tak kerja. Dapat bantuan
daripada Jabatan Masyarakat RM160 sebulan. Tapi sebulan dua ni, lambat masuk. Siapa
nak bagi anak-anak mak cik ni makan", terangnya sambil mengusap2 kepala anaknya. Ku
lihat matanya mula bergenangan. Bibirku terkelu sayu.
Mari sama-sama kita merenung tindakan kita membaca pengalaman rakan ini dalam
konteks dua hadis ini:
“ Tidak beriman kepadaku siapa yang tidur kenyang padahal jirannya lapar dan di
sampingnya sedangkan dia tahu jirannya lapar”.
(hadis riwayat Tabarani)
Dalam hadis lain, Rasulullah (saw) bersabda:
“ Apabila anda memasak lauk, perbanyakkanlah kuahnya, kemudian lihatlah ahli
jiranmu dan berikanlah kepada mereka sebahagian darinya dengan baik.”
(hadis riwayat Muslim)
Walaupun mereka bukan jiran sebelah rumah kita tetapi mereka jiran sedaerah, senegeri
senegara dengan kita. Marilah sama-sama kita merealisasikan salah satu ruh puasa ini dengan menyumbang
sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada kita untuk membantu golongan yang
tidak bernasib baik. Pelbagai cara boleh dilakukan; banyak peluang kini dibuka.
Pokoknya tepuk dada.. tanyalah iman kita..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment