I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 27 September 2011

Kisah Cinta SukeDukeFiea...


Assalamualaikum..Hurm tibe-tibe hari nie rasa nak memainkan jari-jemari nie kat atas keyboard.. Tadi tengah dok study sempat lagi memikirkan tentang si Dia and kenangan-kenangan zaman kenakalan dahulu kala.. Lalu dengan pantas mencari album gambar sepanjang zaman yang masih fiea simpan.. Tapi pic dalam tue tak adalah sampai sekarang punya pic, yelah sekarang nie simpan gambar dalam pendrive takpun dalam lappy jer.. lau dulu-dulu asal ambik gambar jer kena terus cuci, yelah dulu guna kodak sekarang ni zaman dah berubah pic simpan dalam memory card..huhu.. So,belek punya belek gambar-gambar dalam album tu tiba-tiba teringat zaman cinta monyet dulu, bak kata Ahadiat Akashah "puppy love"..hehehe.. Mesti korang pun pernah bercinta masa sekolah2 dulu an3.. Fiea pun ada jugak..huhu..Hurm dulu masa single lagi fiea ni agak geli bab cintan cintun nie, maybe sebab dulu member lebih ramai lelaki daripada perempuan. Ala-ala ganas lah dulu konon nyer, tak padan dengan badan yang kecik uh..hak3.. Tapi bile tengok member-member perempuan bercouple, terasa gak cam nak couple,huhu.. Mulalah rasa jeles tengok orang bercinta, tapi time tu bukan tak ada yang nak k, fiea je yang tak nak kat dowang.. Acehh..Hahaha.. Time tu selalu pikir macam mana yer perasaan bercinta tu.. Dan akhirnya..Fiea bercouple jugak, time tu fiea baru form 4..Muda uh..hehe..
Perkenalan kita orang bermula masa fiea join klub rakan muda buat camping kat Kota Tinggi, Johor. Fiea ingat lagi time tu first time fiea join benda-benda cam nie..haha..Kesian an..Time tu fiea baru je habis PMR, kire nak habis kan cuti lah nie..hehe.. Tapi fiea tak boleh nak mengedik sangat sebab member abang fiea ada jugak, abang siap pesan lagi kat mamat tu suruh jaga fiea, hampeh tol, baru nak bebas..Hurm kat sana tak ramai yang fiea kenal..Tapi masa tengah buat aktiviti tu barulah fiea kenal dengan semua orang. Fiea nie manja sikit orang nyer, tapi fiea suka berdikari sendiri, fiea ingat lagi kitaorang start rapat time malam sebelum kitaorang panjat gunung, fiea dengan member fiea masak, sebab dah lapor sangat tahap cipan, kitaorang pun balun jelah megi yang ada, time tengah sedap-sedap makan nie tiba-tiba mamat nyh datang duduk sebelah fiea, hurm fiea cuma kenal nama dia iwan je..So, fiea pun tanya dia nak join makan jugak ker, dia cakap tak pelah, tapi fiea saje acah dia nak suap dia dah redy nak nga-nga dah, tapi last2 makanan 2masuk mulut fiea, Hahaha..lucu tol time tue,kesian dia kena gelak dengan kita orang..Tapi dia relex jer..mula-mula ok, setengah jam lepas tu mula rasa tak selesa bab mamat uh tak blah-blah lagi,fiea ingatkan dia nak ushar member fiea, maklumlah si Fieza tue lebih cantik dari fiea. So, fiea buat derk jelah..hehe..And the next day kitaorang pagi-pagi lagi dah bangun sebab nak get ready untuk panjat gunung..Hari pun berlalu dengan indah nyer,seronok sangat time tue sebab dapat mendekatkan diri dengan alam ciptaan tuhan..Dan si mamat tue,huh rasa nak sepak jer tak habis-habis nak melekat dengan fiea, kat mana fiea ada kat situ jugak dia nak menyebok..Tapi bes gak sebab dia care gila kat fiea, lagi-lagi time nak rock climbing tue, dia sanggup tunggu fiea untuk naik sama-sama, sempat ambik picture lagi, tapi fiea tak ingat time tue sapa punya camera,so pic tu tak ada pada fiea. Tapi fiea tak kisah pun, bukan nye penting..hehe..And lastly kita orang pun sampai jugak kat puncak tu, seronok sangat dapat bermalam kat atas tue, sejuk gila-gila..dan malam pun berlalu dengan tenangnye..Dan hari terakhir kami disana pun tiba juga, hati dah melonjak-lonjak nak balik rumah..hehe..Dengan masa tak sampai dua jam fiea berjaya turun gunung tu, Papa kita orang cakap fiea nie tak padan dengan kecik,jalan nak laju..huhu..dan si mamat tu, cam biasa lah,muka dia sentiasa ada..adoi rimas mak nyahh..Tapi bila dah sampai bawah fiea mula terima kehadiran nya..acehh..fiea dengan rasa lapo tahap buaya mula buat muka kesian mintak makanan kat dia sebab time tu dia tengah masak,hee..dia pun masakkan untuk fiea,dengan muka tanpa rasa bersalah fiea pun balun sampai habis..and bila dah habis baru aku perasan yang dia tak makan lagi..fiea pun dengan senyuman bersalah aku cakap "thankz yer,sedap iwan masak,sorry tak perasan dah habis" lalu fiea pun blah sebab fiea nak mandi..hahaha..Tapi dia relex jer, dalam bus siap dia request nak duduk sebelah fiea.huhu..fiea pun bia jelah.and dalam bus nak balik tu barulah kami berbual, and lastly cam biasalah tukar-tukar no fon..cam tak faham-faham lak..hehe..
Dan..hubungan kami pun berjalan seperti biasa,ala standard lah men message and call sampai lebam..huhu..and tak lama tu barulah kami couple..tapi fiea tak rasa apa-apa feeling pun kat dia,rasa cam abang dengan adik..hehe..tapi fiea pun layan jelah, dia nice,caring..Paling best time handphone fiea rosak, dia sanggup bagi pinjam hanphone dia yang comel tue, ala handphone panasonic jerk, tapi time zaman-zaman tu handphone tue agak mahal..tapi tak pelah, dia pun anak lot jugak..dalam sebulah fiea couple dengan dia baru fiea tau dia tu dua pupu fiea, tue pun dua pupu fiea yang lagi sorang bagi tau..hampeh tol..dan iwan, dia dah taw awal-awal dh, siot tol,sedara sendiri kowt..and makin lama hubungan kami makin hambar,and fiea dapat tau dia banyak tipu fiea..tapi fiea relex je,yelah bukan ada feeling pun..hehe..and 2bulan bersama dia fiea buat keputusan nak clash..fiea tukar no fon and mengelak daripada jumpa dia..tak lama tue fiea dapat tau dia ada cari fiea,tapi fiea biar je..then 3bulan lepas tu tiba-tiba dia terserempak dengan fiea, tak dapat nak elak dah..dia tanya kenapa tinggalkan dia and kenapa pegi camtu je..fiea senyap je and terus blah naik bus..Tapi ada benda yang membuatkan fiea ralat, 2 minggu lepas tue fiea dapat tau dia excident motor,and dia koma..sebulan lepas tu dia meninggal..pergi untuk selama nya..Sampai sekarang fiea masih teringat-ingat muka sedih dia masa last sekali fiea terserempak dengan dia..iwan sorry for everything k..Semoga Allah tempatkan kamu di kalangan orang-orang yang beriman..aminn..
and for my boyfee..awak jangan jeles taw bile baca kisah nie,saya tau awak pun ada kisah cinta awak sendiri..hehe.. (=  okey next kisah cinta fiea, nanti fiea post kan kat next entri k..

Thursday, 22 September 2011

Meneruskan Perjuangan...

Assalamualaikum.. Hurm lama rasa nya jari-jemari nie tak bermain di atas keyboard untuk mengupdated blog nyh..hehe..Agak sibuk sejak dumenjak nie, asik tekejar kesana kemari..
Apa nak cerita yer..Okey memula nak citer keadaan my sis..Dia dah keluar wad sekarang, hum keadaaan dia lebih better dari masa mula-mula dia admit dulu and dia pun makin ceria..Harapan ku dia tetap begitu untuk selamanya, sentiasa ceria and menghiburkan kami semua. Aku sentiasa doakan supaya dia kuat and bersemangat untuk terus berjuang meneruskan kehidupan dia. Aku selalu tanya dia apa makna nama dia, hurm..Nurizzati, seorang yang kuat dan seorang yang beriman, aku akan nasihatkan dia supaya dia kuat, dan dia telah membuktikan yang dia seorang yang kuat sekarang nie. Hari tue exam UPSR pun dia ambik kat hospital, kesian kat dia, walaupun sakit dia tetap kuat and bersemangat untuk ambik exam tu.. Andak bangga dengan adik sayang. Harap-harap keputusan exam dia cemerlang, aminn..
Aku pulak hari tue kena gastrik teruk sebab tak makan masa jaga adik aku, kesian at boyfie aku risau sebab tengok aku muntah-muntah..hee..tapi rasa bersalah sangat2 sebab paksa dia hantar aku balik kampung, dahla jauh..sorry sangat2 sayang sebab termarah-marah awak hari tue..Maaf kan saya yer..
Sekarang nie pulak aku tengah revision week..So, study time setelah asik melupakan nye..Struggle for final sem 5 and kena bersedia untuk trial in house..takut nyer Doakan kejayaan aku ye..Tapi tak sangka lagi beberapa bulan je lagi aku akan habis study..Terlalu cepat masa berlalu..Rasa sedih and sayang sangat-sangat nak tinggalkan kawan-kawan, bilik nie, rumah nie, shah alam, segala-galanya lah yang ada kat sini..Kat sini lah aku belajar hidup berdikari, aku belajar tentang kesabaran, pengorbanan, kesetiaan, kehidupan and macam-macam lagilah yang dah membuatkan aku menjadi lebih dewasa..kat sini jugak aku mengenali pelbagai ragam manusia yang kadang-kadang melucukan, pelik, mengeramkan, dan kadang-kadang dapat belajar tentang pengalaman orang lain..Hurm tapi apa-apa pun aku tekad akan bekerja di johor, tanah kelahiran aku sendiri sebab aku nak berada dekat dengan family aku..bak kata perpatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri".. (:

Tuesday, 13 September 2011

speechless Wednesday..

Selamat pagi semua..hurm hari ni aq rasa sedih sangat-sangat..tak tau nape..Hurrmm..Maybe aku sedih sebab:
1. Aku rindu sangat-sangat kat boyfie aku si Hairul Faziz..(hhuuuaarrgghh..aku nak jumpe dia)
2. Aku risau and rindu sangat-sangat kat adik aku si Nurizzati and my Mom..(camna lah keadaan dorang kat sana)
3. Aku rasa cam tak nak keje sebab tak tahan kena Marah jer..(cam nak kena heart attack tak lama lagi)
4. Aku rasa cam nak balik Johor hari nie jerk..(duduk kat johor selama-lamanya)
5. Aku rasa cam nak berhenti belajar..(aku nak ddk johor jage family aku)


Hurm mybe sebab semua ni kot aku rasa sedih and tertekan sangat-sangat..nak buat pape pun aku tak ada semangat..Tolonglah kembalikan semangat aku semula.. )=

Wednesday, 7 September 2011

Ya Allah...Sungguh Berat Dugaan Kali Ini..

Assalamualikum semua...
Hurm hari nie hari ke-4 adik di hospital..semalam petang selepas watku magrib adik batuk-batuk dan kahak dia bercampur dengan darah..Tak sanggup aku melihatnya.tak henti-henti dia mengeluarkan darah tersebut..terlalu risau aku dengan keadaan nya..hurm pagi-pagi tadi doktor panggil mum, aku ikut sekali.. Berita yang amat menyedihkan kami sekeluarga...Adik aku...Ya Allah...
Doktor explain tentang condition dia..Dia ada ASD tapi tak boleh tutup lubang kat jantung tue sebab dia ada pulmonary distress or tekanan terlalu tinggi kat dalam paru-paru dia. So, kalau tutup lubang tue akan membahayakan keadaan adik.Doktor ada bagi satu ubat nama dia sildenfil.Fungsi ubat ini untuk mengurangkan tekanan dalam paru-paru dia.Dia dah makan ubat nie dalam 7 tahu.Tapi ubat nie masih tak dapat mengurangkan tekanan tue. Sekarang nie paru-paru dan jantung dia semakin teruk, dia dah berada di stage yang ke-3..Hanya tinggal satu stage  je untuk dia.Ya Allah rasa gelap hidup aku mendengarnya.Doktor menjangka kan hayat dia dalam setahun dua nie..Tapi..segala-galanya ketentuan Allah swt..Doktor hanya mampu bagi pendapat bedasarkan teori tapi tuhan maha besar untuk menentukan segalaya..Plan doktor sekarang nie untuk mengubati jangkitan kuman pada paru-paru dia,meningkatkan dose sildenfil dan mengawal pengambilan oksigen dalam badan dia sebab dia tak cukup oksigen dalam badan dia,dia fully supported by oksigen..Kalau bukak oksigen tu sekejap,peratus oksigen dalam badan dia akan menurun dengan mendadak.So, doktor cuba reduce oksigen mesin tu sedikit demi sedikit..Yang lain-lain tue hanya berdoa kepada Allah swt..Ya Allah..aku tak mampu hidup tanpa adik ku..kalau lah aku boleh bagi jantung dan paru-paru aku ni pada dia,aku sanggup bagi demi dia..biarlah nyawa aku yang diambil tapi bukan dia..Aku tak sanggup... ):

Menunggu Keputusan...

Salam 14 syawal semua..
Hari nie masuk hari ke 3 adik aku ditahan di dalam ward di HSA ni..
Hurm aku pun baru sampai petang tadi..penat pejalanan pulang masih terasa..
Siang tadi dia orang buat CT Scan untuk tengok keadaan paru-paru adik..Tapi result belum keluar lagi..
Tadi aku tanya doktor pakar kanak-kanak tentang keadaan adik, dia cakap sekarang tunggu keputusan CT Scan tu dulu..Aku tanya keadaan paru-paru dia, doktor cakap maybe pulmonary hyepertension or mungkin disebabkan oleh jantung dia..so sekarang cuma tunggu result jer..nothing change..
sebak hati nie tengok keadaan dia..Batuk dia..hurm..kita yang tengok nie rasa sakit...
okeylah..doakan adik aya yer...

Tuesday, 6 September 2011

Keadaan Makin Membimbangkan..

Assalammualaikum semua..
Okey walaupun penat baru balik dari keja belum habis tapi aku ada sesuatu nak diluahkan..Hurrmm..keadaan my sis makin membimbangkan..Tengah hari tadi my uda call,aku pun tanya update tebaru pasal adik aku..
Doktor buat ECO siang tadi untuk check keadaan jantung dia.Doktor cakap jantung dia makin lemah, jantung dia dah overload,darah yang keluar tak cukup so badan dia kekurangan oksigen..Tapi jantung dia masih bekerja keras untuk mengepam darah tu..Tapi....Doktor cakap takut jantung dia penat and dah tak nak bekerja lagi...Ya Allah..aku rasa gelap sekejap dunia aku nie..Aku risaw..terlalu-lalu risau tentang dia..Ya Allah selamatkan lah adik aku..My uda cakap yang paling sedih bila dia buat muka selamba jer,dia tak nak buat kita orang sedih.Ya Allah aku tak dapat bayangkan macam mana dia boleh tahan semua tu..Hurm aku buat keputusan untuk balik Johor esok, tak per lah aku akan ganti cuti yang aku ambik ni time cuti sem nanti,tak ada apa yang lebih penting selain adik aku sekarang nie..My mum pun tak berapa sihat sangat..Harapkan kakak aku jer sekarang nie..Hurm adik..Be strong okey my dear..esok andak sampai..andak jaga adik ok..
Adik sabar taw...Doakan kesihatan adik saya okey..

Monday, 5 September 2011

Kuatkanlah Semangat Kami Sekeluarga...

Assalamualaikum semua...
Hurm malam nie aku cume nak luahkan kesedihan yang aku hadapi hari nie..Hopely, lepas nie aku dapat kekuatan untuk menghadapi ujian yang diberikan..
Petang tadi aku tengah tido, yelah badan pun tak sihat sangat kan sebab asik muntah je, my stomach betul-betul upset hari nie..Hurrmm..tengah-tengah tido tue kakak aku call, dia bagitau yang adik aku batuk-batuk and muntah darah, ya allah bertapa terkejut nyer aku saat tue. Then aku tanya dia kat mana sekarang, akak aku cakap ada kat Hospital Pontian, kat ER, tapi dah lame sangat tunggu kakak aku bengang so dia call aku tanye lau bawak pegi klinik swasta ok tak, aku dengan keadaan mamai pun jawab ntah pape..
After that dalam pukul 4 lebih aku call kakak aku semula tanya macam mana keadaan adik aku, dia cakap baru nak blah doktor pun panggil, and adik aku di bagi gas, ape gas pun aku tak taw sebab aku tak ada kat sana, maybe nebulizer kot..aku pun cakap ok..ape-ape hal aku suruh dia roger aku..
Dalam pukul 6 lebih kakak aku bagi massage cakap yang adik aku kene hantar pegi Hospital Sultanah Aminah JB..Aku pun trus call ayah aku tanya macam mana keadaan adik aku, ayah aku cakap doktor kat Hospital Pontian tak berani nak buat pape so adik aku kena dirujuk ke HSA..aku pun cakap ok..Then aku risaw sebab tak dapat ape-ape perkembangan terbaru, so aku call abang aku sebab cuma ada abang and my mum je kat hospital.kakak and ayah aku balik rumah sekejap ambik baju.. Lepas tue pekara paling menggemparkan yang abang aku bagitau.. Doktor cakap paru-paru adik aku dijangkiti kuman, doktor try bagi antibiotik and tengok perkembangannyer dalam masa 24 jam...Tapi...adik aku tunggu masa aja... Ya Allah..meraung aku dengar apa yang abang aku cakap..Ya Allah sungguh hebat ujian mu ini,aku tak henti-henti menangis..Ya Allah kau kuatkan lah semangat adik ku Ya Allah..aku berdoa agar tiada apa-apa yang terjadi pada nya..Kami masih memerlukan nya dalam hidup kami Ya Allah..Aku agak risau dengan keadaan adik ku sebab dia ada Atrial Septal Defect or Jantung berlubang yang doktor kata tak boleh ditutup sebab kalau tutup ia akan menyebabkan keadaan adik aku bertambah teruk..dia pun bakal menghadapi UPSR tahun nie..cuma dialah satu-satu nya harapan kami..Aku harap apa yang doktor cakap tue sumenyer tak betul..Doktor bukan Allah..Tiada penyakit yang tak boleh dirawat..aku yakin dengan ketentuan Allah..Adik cepat-cepat sembuh k..
Doakan Kesihatan dia yer..


Cepat-cepat sembuh k Adik...

Sunday, 4 September 2011

7 Syawal...

Assalamualaikum...
Hurm akhirnya aku ada kat shah alam jugak..malam tadi jugak aku balik coz encik boyfie tak nak layan aku balik hari isnin,penat aku bagi hint tak nak balik tapi dia still nak hantar aku malam tadi juagk..penat giler badan beb, penat pegi keluang tak habis lagi bertambah dengan penat nak kemas barang and nak kne cabut pegi bustand lagi..Fuhh..
Tapi ada satu pekara paling best jadi malam tadi.Haha..lastly dapat jugak tengok muke dia risaw giler..Mana tak nyer tengah-tengah dok tunggu bus boleh lak aku muntah-muntah. Nasib baik time tue aku dah bukak pintu kereta..huhu..Tengah-tengah sibuk muntah tue boleh lagi aku berdoa dalam hati "mintak-mintak lah dia ajak aku balik rumah semula" huhu.. Tapi hampeh, lastly aku kene naik bus jugak.. Hurm sedih siot.. Teringgat muke risaw mum.. Miss you so much mum.. Tapi tak per jumaat nie aku balik lagi,aku nak peluk mum puas-puas..hehe..And now..Ready untuk menghadapi tekanan petang nie.. Time untuk aku balun tido.. Morning alls.. ZZzzzZZZzzz.. (-.-)

6 Syawal...

Hurm penat nyer badan..baru balik dari beraya di Keluang..Aceh bukan setakat beraya, sempat lagi tengok citer Hantu bonceng..hehe..Kenyang giler perut dapat pow bos Kenny Roger Roster..hak3..thankz a lot dear...Love u so much lah..hehe..Hurm masih memikirkan nak balik hari ni or esok..tak ada mood nak balik shah alam siot..huhu...penat memujuk si boyfie utk menghantar pulang..tapi hampeh,mampus tak layan siot..huhu
Nak balik bile ni???huuuu...
nak ambik MC ke???
nak ambik EL ke???
uurrgghh...nak buat camne nyh..kusut2...aarrgghh...wat solat istikharah lah..hak3....Mintak-mintak pas solat dpt ilham nak balik bile..huhu (:

Saturday, 3 September 2011

Riang Ria Raya... (:

Assallamualaikum semua..hee...alim lah pulak..wwee~~
okey untuk post kali nyh aku just nk share ape yang aku dah buat dari pagi tadi sampai skung..nyh lah hasil yang tak seberape..lau kowg tak suke, senang jer kowang tak payah tengok.huhu

The Day Before Raya..

Ayam??hehe..saje je snap n letak pic nyh coz tak sabar nak makan rendang ayam..

Sempat posing lagi sebelum g shopping..wee~~

Smile:: (:

Ala-ala kesian nyer mum aku nyh kene tinggal,tapi xper pic mum tetap ada..hee (:



First Syawal..



Nie satu-satu nyer abang yang aku ada..wee..luv u so much angah!!

Nie pulak satu-satu nyer adik yang aku ada..hehe..pape pun aku tetap sayang dia.. (:


Haha..Asik kene bahan cam mak datin jerk..padahal sempoi je aku tengok..

Aku suke tgk pic nyh..sweet kowt..kak biler nak bagi aku anak buah cam nie??cpt2 lh kawin..wee~~


Haha..sedondon kowt..

Anak kesayangan ayah..hehe

Alamak kantoi ayah...cover yah..hehe
My lovely parents.luv u all so much.. (:

Sayang..along & the family tak ada skali...


Sesi Maaf Bermaafan..





Meleleh air hingus..hak3...cair mekup siot..hehe

Picture-picture Sampingan...
Nie pic kami di rumah atuk..Satu-satu nyer atuk yang kami ada.sedih beraya tanpa mereka yang telah tiada.

Aksi satu-satu nyer anak buah kami yang terlalu banyak keletah nyer..

4 Syawal..

Love him very much!!

Happy dapat beraya bersama mereka.. (:

Gile-gile raya... (:

Sweet picture..suke ngn pic nyh..

Thankz a lot coz da bwk syer g beraye..

Hasil sentuhan tangan Zaki..thnkz a lot zaki coz sanggup layan kerenah kita orang..hee
                                                                      ZAKI.... (:


Ok tu jer yang termampu aku nak masuk kan..hehe...law ada pic lagi insyallah aku try upload lg..wweee~ pape pun raya kali nie agak best jgk..huhu ::

Wednesday, 10 August 2011

11 Ramadhan..


Kita kini berada di hari ke 11 Ramadhan. Ini bermakna, kita telah berada di fasa kedua
Ramadhan. Kita telah meninggalkan fasa “rahmat” manakala kita kini memasuki fasa
“maghfirah”. Sepuluh hari yang berlalu, kita berharap rahmah, belas kasihan dari Allah.
Di hari mendatang, pintu maghfirah Allah terbuka luas menunggu kepulangan hambahamba-
Nya.


Kita perlu menilai semula, review pencapaian kita. Untuk itu, kita boleh mengambil
iktibar dari sebuah kisah yang dinukilkan oleh Sheikh Said Hawa mengenai Al-Hasan bin
Abul Hasan al-Bishri. Bahawa beliau ini pada suatu ketika di bulan Ramadhan berjalan
melalui satu kelompok manusia yang sedang tertawa sambil bersenda gurau, kemudian
al-Hasan berkata:

“Sesungguhnya Allah azzawajalla menjadikan Ramadhan sebagai bahan ujian yang
tersembunyi bagi seluruh makhluk-Nya. Semua orang sama berlumba-lumba, atau
dahulu-mendahului untuk berbuat ketaatan kepada Allah (SWT). Kemudian ada
golongan yang dapat mendahului golongan lain, merekalah orang-orang yang beruntung
dan berjaya. Sedang golongan lain ada yang tertinggal di belakang dan mereka itulah
orang-orang yang menyesal dan merasa mendapat kerugian yang besar. Oleh sebab itu
adalah heran seheran-herannya ketika saya melihat ada orang yang tertawa, bermainmain
pada hari seperti sekarang ini dalam bulan Ramadhan, padahal di saat ini adalah
hari sebahagian manusia menjadi beruntung dan berjaya , sedangkan ada sebahagian
manusia lainnya yang merasa rugi dan menyesal. Yang berbahagia ialah orang-orang
yang mendahului kawan-kawannya untuk mentaati Dzat Yang Maha Pencipta, dan yang
merugi ialah orang yang hanya gemar melakukan kebatilan dan kesia-siaan.”

Setelah melalui sepertiga Ramadahan, eloklah kita berhenti sejenak, menilai prestasi
kita dalam sepuluh hari yang telah berlalu. Antara soalan yang boleh kita tanyakan diri
kita ialah:
􀂉 Sudahkah kita memanfaatkan sebaik-baiknya kehadiran bulan ramadhan yang
penuh berkat ini?
􀂉 Sudahkah kita cuba sedaya upaya mencantikkan puasa kita?
􀂉 Sudahkan kita memastikan anak-isteri-suami dan seluruh keluarga kita sama-sama
menikmati keberkatan Ramadhan ini?
􀂉 Sudahkah kita mencapai tahap minimum pembacaan al-Quran setiap hari? Jika
standard kita ialah satu juzuk sehari, maka kini sepatutnya kita telah melebihi
sepuluh juzuk.
􀂉 Sudahkan kita memastikan sunat-sunat puasa seperti bersahur disempurnakan?
􀂉 Sudahkah kita memastikan kita tetap istiqamah dengan solat tarawih dan berazam
untuk meneruskannya ke hujung Ramadhan?
􀂉 Sejauh manakah Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas?


Kuatkan tekad untuk melipatganda amal dan beristighfar atas ketelanjuran
kita.
       

Tuesday, 9 August 2011

10 Ramadhan..


Sudah 10 hari kita berpuasa bersama-sama.Rasa sekejap jer kan..he..okey hari nie kje malam, tak sabar nak tunggu hari jumaat.he..Okey sekarang kita sambung becerita tentang ramadhan lagi okey..
Ramadhan yang penuh keberkatan ini disambut di seluruh dunia secara serentak.
Walaupun kedudukan geografi yang berlainan, kita tidak dapat
menyambutkan pada satu ketika yang sama.. tetapi semuanya menyambut pada satu
tarikh yang sama yakni kemunculan anak bulan Ramadhan di tempat masing-masing.

Sesungguhnya Ramadhan membayangkan kesejagatan dan solidariti Islam. Di setiap
detik dalam 24 jam, kita akan mendapati ada saja umat Islam yang sedang berpuasa, yang
sedang berbuka, yang sedang bertarawih, membaca al-Quran, bersahur dan pelbagai
aktiviti lain merai’kan Ramadhan mubarak ini.
Kita dapati umat Islam tediri dari pelbagai jenis warna kulit, bangsa, kumpulan etnik,
bahasa dan kebudayaan. Namun dengan sambutan Ramadhan yang serentak; mereka
bersatu dalam kepelbagaian ini. Jelas terserlah ruh ayat Allah:
"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta
alam."
( Surah al-Anbiyaa’:107)

Kesatuan dalam kepelbagaian (unity in diversity) ini adalah ciri penting Islam. Kita
berbeza bukan sekadar budaya dan warna kulit tetapi kadangkala sehingga dalam
beberapa hal cara beribadah. Namun kita tetap bersatu di atas perkara pokok dan
prinsip.
Misalnya tiada umat Islam yang mempertikaikan kewajipan puasa di bulan Ramadhan,
tiada yang tidak bersetuju bahawa awal puasa ialah dengan melihat bulan, tiada yang
membangkang jika dikatakan yang sakit dan dalam perjalanan dibenarkan berbuka dan
tiada yang mengatakan solat malam di bulan Ramadhan itu amat digalakkan. Ini adalah
perkara-perkara pokok dan prinsip dan tidak ada pertikaian mengenainya.
Namun di kalangan kita mungkin berbeza dari segi cara menentukan “anak bulan telah
kelihatan” atau samada “orang yang dalam perjalanan yang mudah perlu berpuasa atau
tidak” dan samada “ solat tarawih itu 20 rakaat atau 8” dan seumpamanya. Perbezaan
pendapat yang kecil sedemikian tidak semestinya tidak menunjukkan ketidaksatuan;
asalkan semuanya berdasarkan hujjah dan nas yang kuat.

Perbezaan pendapat sedemikian juga tidak semestinya menyebabkan kita berbalah;
berkelahi atau rendah-merendahkan. Para sahabat pernah berbeza pendapat dalam bab
puasa dalam perjalanan. Lihat sikap mereka
Anas bin Maalik berkata:
"Kami sedang bermusafir bersama dengan Rasulullah (saw) semasa Ramadhan dan di
kalangan kami ada yang berpuasa, ada yang tidak berpuasa. Golongan yang berpuasa
tidak menyalahkan orang yang tidak berpuasa dan golongan yang tidak berpuasa tidak
menyalahkan orang yang berpuasa.
[ hadis riwayat Bukhari and Muslim]
Itulah sikap sahabat-sahabat Nabi (saw) yang harus kita contohi. Tidak ada sebab untuk
kita merendah-rendahkan amal perbuatan orang lain atau merasa diri kita lebih besar,
lebih hebat, lebih banyak amal, lebih wara’, lebih tinggi darjat taqwa berbanding dengan
mereka yang mempunyai kelainan dari sudut perkara-perkara khilafiyah sebegini.
Ingatlah pesanan Allah:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang
lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang
mengolok-olokkan)
(surah al-Hujurat: 11)

Berhati-hatilah dengan jarum-jarum halus yang bakal merosakkan amal kita. Jangan
dilayan perasaan bahawa kita lebih baik dari mereka kerana kita melaksanakan sesuatu
amal yang lebih lebih banyak, lebih kerap, lebih sempurna sambil kita memandang
rendah orang lain.
Boleh jadi juga dalam keghairahan mencari yang lebih ‘benar’ dan lebih ‘banyak’ kita
terpedaya dengan tipu-daya hawa nafsu kita yang memesongkan.
Ingatlah, sebaik sahaja kita merasa diri kita lebih taqwa dari orang lain, di ketika itu
bukanlah layak lagi kita digelar bertaqwa!

9 Ramadhan..


Penatnyer rasa badan hari nie..semalam shif petang hari ni pagi lak,letih kowt.. Tapi tak per, kena sabar.. Okey hari ini kita akan becerita apa pekara yang paling mulia kalau kita buat dalam bulan ramadhan nie..
Salah satu ruh yang penting dalam puasa ialah mewujudkan rasa kebersamaan dengan
orang yang kurang bernasib baik. Puasa membolehkan kita yang berkemampuan (secara
sukarela) merasa apa yang dirasai (secara terpaksa) oleh golongan yang tidak
berkemampuan menikmati makanan dan minuman yang mencukupi setiap hari.
Bayangkan, kita menahan diri secara sukarela sedangkan peti-sejuk kita dipenuhi
makanan, kabinet dapur kita sendat dengan pelbagai bahan, tetapi mereka yang kurang
bernasib baik terpaksa berlapar kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membeli
walaupun makanan yang asas seperti beras dan minyak. Kita masih boleh bergembira
kerana kita tahu, lapar kita sekadar adalah seketika, sementara menunggu berbuka tetapi
bagi mereka entah malam ini, entah esok belum pasti ada cukup makanan untuk seisi
keluarga.

Memberi makan kepada orang yang lapar adalah tugas mulia.
Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada
Rasulullah (saw).
"Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik?"
Rasulullah saw menjawab:
"Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang
yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal".
(hadis Riwayat Bukhari).

Jangan kita anggap bahawa golongan yang sebegini hanya wujud di Palestin, Kashmir
atau di Somalia. Golongan yang kurang bernasib baik sedemikian mungkin wujud di
kawasan atau daerah kita.
Saya ada membaca cerita ini daripada salah seorang penulis blog. Seorang rakan penulis blog itu ada menceritakan pengalamannya menziarahi sebuah kampung di pinggir Johor Bahru baru-baru ini:
"Pak Ali ni kerja apa Tok", tanyaku kepada Tok Ketua. "Kerja memukul kulit kayu bakau
untuk dijadikan kayu arang", jawab Tok Ketua sambil menunjuk ke arah kilang kayu
arang. "Berapa upahnya Tok Ketua", perasaan ingin tahuku menebal. "20 sen
sebatang"."Sebatang tu panjang mana?", tanyaku lagi. Aku mengharap Tok Ketua tak
bosan melayaniku."Sebatang kayu sepanjang 6 kaki. Kalau kerja sampai malam,
mungkin boleh dapat RM12 sehari. Kalau tak kerja, tak de le gaji." jawab Tok Ketua
panjang lebar.”
Di ketika lain:
"Mak cik tak kerja hari ini", tanyaku memecahkan kesunyian. "Tak, hari Ahad cuti",
jawabnya spontan. "Mak cik kerja kat mana?", tanyaku lagak reporter. "Mak cik kerja
kat kilang Pasir Gudang. Baru aje 3 bulan...mak cik ni ada sakit mental". "Sebelum ni
mak cik kerja kat mana?" pintasku. "Mak cik sebelum ni tak kerja. Dapat bantuan
daripada Jabatan Masyarakat RM160 sebulan. Tapi sebulan dua ni, lambat masuk. Siapa
nak bagi anak-anak mak cik ni makan", terangnya sambil mengusap2 kepala anaknya. Ku
lihat matanya mula bergenangan. Bibirku terkelu sayu.

Mari sama-sama kita merenung tindakan kita membaca pengalaman rakan ini dalam
konteks dua hadis ini:
“ Tidak beriman kepadaku siapa yang tidur kenyang padahal jirannya lapar dan di
sampingnya sedangkan dia tahu jirannya lapar”.
(hadis riwayat Tabarani)

Dalam hadis lain, Rasulullah (saw) bersabda:
“ Apabila anda memasak lauk, perbanyakkanlah kuahnya, kemudian lihatlah ahli
jiranmu dan berikanlah kepada mereka sebahagian darinya dengan baik.”
(hadis riwayat Muslim)

Walaupun mereka bukan jiran sebelah rumah kita tetapi mereka jiran sedaerah, senegeri
senegara dengan kita. Marilah sama-sama kita merealisasikan salah satu ruh puasa ini dengan menyumbang
sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada kita untuk membantu golongan yang
tidak bernasib baik. Pelbagai cara boleh dilakukan; banyak peluang kini dibuka.
Pokoknya tepuk dada.. tanyalah iman kita..


Sunday, 7 August 2011

8 Ramadhan...

Sudah 8 hari kita sama-sama menjalani ibadah puasa..hurrmm badan masih letih lagi semalam sampai dari kampung tengah malam..huhu..rindu dihati terhadap keluarga masih belum terubat lagi..alamak semalam tak sempat nak menulis sebab agak sibuk dengan hal-hal yang tak dapat dielakkan..okeylah hari ini kita sambung becerita lagi tentang ramadhan ok..
Dalam sebuah hadis, Nabi (saw) bersabda:
Tidaklah berpuasa itu dari makan-minum semata, tetapi berpuasa itu adalah dari
perbuatan kosong dan perkataan keji. Maka jika kau dicaci orang atau diperbodohnya,
hendaklah kamu mengatakan: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!”
(hadis riwayat Ibnu khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Jelas kepada kita bahawa puasa yang berkualiti bukan sekadar menahan diri dari dari
makan-minum. Tetapi kita perlu juga menahan diri dari perbuatan kosong (lagha). Cuba
bayangkan berapa banyak perbuatan lagha yang kita buat hari ini; dari berbual kosong
sehingga kepada bermain computer games atau menonton television. Sebaliknya kita
perlu sibukkan harian kita dengan kerja-kerja yang produktif; untuk dunia dan akhirat
kita. Jika mempunyai luang dari waktu bekerja mencari nafkah kita, sibukkan diri
dengan membaca al-Quran, terjemahannya atau berzikir atau i’tikaf atau menghadiri
majlis ilmu atau membaca buku-buku agama dan seumpamanya.

Satu lagi adab penting orang berpuasa ialah mengawal lidah dan perasaan. Orang yang
berpuasa adalah seorang yang tenang, sabar dan berhati-hati dalam percakapannya.
Puasa itulah membolehkan beliau untuk mengawal diri dari memberi tindak balas
negatif apabila diuja dengan perkara-perkara negatif oleh orang lain.
Abu Hurairah (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
Dan puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata
keji dan meninggikan suara atau mencaci maki. Dan seandainya dicaci oleh seseorang
atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!”.
(hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Annisa’i)

Begitu kuat tuntutan kita menjaga lidah ini ditekankan lagi dalam sebuah hadis lain pula
di mana Nabi (saw) bersabda:
"Sesiapa yang tidak menghentikan perkataan-perkataan dusta dan melakukan kedustaan
itu, maka Allah tidak merasa perlu ia meninggalkan makan-minumnya."
(hadis riwayat Jama’ah kecuali Muslim)

Marilah kita berusaha dan berdo’a agar Allah swt mempermudahkan kita menjalani
ibadah puasa kita dengan paling sempurna. Semoga puasa kita hari ini lebih baik dari
semalam, dan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..aminn..

           

Friday, 5 August 2011

6 Ramadhan...

Alhamdulilah akhirnya dapat juga diri ini berpuasa di kampung juga.. Gembira rasa hati ini dapat melihat wajah ibunda tercinta dan ayahnda tersayang, serta my siblings yang semuanya berkumpul untuk sama-sama berpuasa dikampung, i luv u all so much lah.. Okey hari ini kita akan  bercerita apa keistimewaan kepada orang yang berpuasa pada hari akhirat nanti..
Orang-orang yang berpuasa nanti akan mempunyai keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga. Dan kita akanbergembira bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah
nanti. Inilah kegembiraan yang hakiki.
Selain itu orang yang berpuasa juga dijanjikankeampunan bagi dosa yang lalu. Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah (saw) telah bersabda:
“ Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan
mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu”
(hadis riwayat Ahmad dan Ashabussunan)
Kalau dilihat bentuk hadis ini, ianya seakan sama dengan hadis mengenai keutamaan
solat tarawih. Di dalam hadis ini bukan sahaja disebutkan janji keampunan dosa bagi orang yang berpuasa tetapi juga syarat untuk mendapat anugerah ini iaitu berpuasa dengan “imaanan wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “ iman dan mengharapkan keredhaan Allah”. Puasa kita bukan kerana budaya,
bukan kerana adat, bukan kerana manusia, bukan kerana kesihatan, bukan kerana
ketiadaan makanan. Tetapi kerana keazaman kita memenuhi tuntutan iman dan benar-benar
mengharapkan keredhaan Allah.
Niat dan keazaman yang sedemikian akan menyebabkan kita tekun menjaga syaratsyarat
dan adab-adab dalam puasa kita; bagi melayakkan kita mendapat keampunan bagi
dosa-dosa kita yang lalu. Abu Said al-Khudri berkata bahawa Nabi (saw) pernah
bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengetahui batas-batasnya dan ia
menjaga diri dari segala apa yang patut dijaga, dihapuskanlah dosanya yang
sebelumnya.”
(hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Jelas kepada kita bahawa hanya puasa yang terjaga dari batas-batasnya sahaja yang akan
diterima dan layak untuk menerima keistimewaan yang dijanjikan. Sebab itu Nabi (saw)
memberi kita peringatan, sekiranya kita tidak berhati-hati, kita mungkin terjerumus ke
dalam golongan manusia yang tidak memperolehi apa-apa dari puasa dan solat tarawih
mereka.Abu Hurairah berkata Nabi (saw) bersabda:
 “Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi
tiada yang diperolehinya kecuali rasa lapar dan berapa banyak orang bersembahyang
malam, tetapi tiada yang ia perolehi selain dari rasa mengantuk
(hadis riwayat an-Nisai dan Ibn Majah)
Yang dimaksudkan oleh Nabi (saw) ialah orang yang berpuasa hanya
dengan berlapar tetapi tidak kerana mencari keredhaan Allah serta tidak kisah dalam
menjaga adab-adab dan batas-batasnya yang lain. Semoga Allah menjauhi kita dari
termasuk ke dalam golongan ini; golongan orang yang berlapar dahaga tetapi tidak
memperolehi apa-apa; puasa tidak diterima; dosa tetap tidak berampun.
Semoga Allah swt menerima puasa kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan membantu
kita ke arah meningkatkan kualiti puasa kita.

    

Thursday, 4 August 2011

5 Ramadhan....

hurm cepat sungguh masa berlalu..hari ini sudah masuk 5 Ramadhan.. Tahu tak bahawa puasa yang sedang kita jalani ini merupakan jalan singkat untuk mendapat rahmat, pahala dan keberkatan dari Allah.

Orang-orang yang berpuasa merupakan golongan yang terpilih, special, dan mempunyai
keistimewaan pada hari qiamat. Sahal bin Sa’ad berkata bahawa Nabi (saw) bersabda:
“Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut “rayyan”. Akan diseru pada
hari qiamat: “ Mana orang yang berpuasa?”. Lalu bila orang yang terakhir dari mereka
telah masuk, maka pintu itupun ditutup”.
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Puasa ini juga bakal menjadi pembela dan pemberi syafaat kepada kita. Menurut
Abdulah bin Umar (ra), Nabi (saw) bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada hari qiamat. Berkata
puasa: “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan
sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu”. Dan berkata pula al-Quran: “ Engkau
larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu”.
Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.”
(hadis riwayat Ahmad)

Orang yang berpuasa akan bergembira apabila bertemu dengan Tuhannya nanti seperti
hadis dariAbu Hurairah bahawa Nabi (saw) bersabda:
“ Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui Tuhannya
nanti, ia akan gembira kerena puasanya.”
(hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa’i)

Jelas kepada kita status atau kedudukan orang-orang yang berpuasa. Memang dalam
mengerjakan puasa itu terdapat kesukaran, keletihan dan kesusahan. Memang puasa
memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Tetapi yakinlah dengan janji Allah melalui
lisan Nabi-Nya ini. Puasa bakal memohon syafaat bagi kita. Kita mempunyai
keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga. Dan kita akan bergembira
bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah nanti. Inilah
kegembiraan yang hakiki.
Semoga Allah menggabungkan kita ke dalam orang-orang istimewa dan memperoleh
syafaat dari puasa yang kita kerjakan. Aminn... (:
                  

4 Ramadhan: Solat Sunat Terawih..

Assalamualaikum..okey hari ini kita nk becerita tentang terawih pulak..

Di antara perkara yang menjadi syi’ar dalam bulan Ramadhan ialah solat sunat tarawih
yang kita hadiri pada malam ini. Solat ini sangat besar pahalanya seperti hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya:
“ Rasulullah (saw) menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan,
tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang bangun pada malam
bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah
dosa-dosanya yang telah lalu.” “

Cukuplah bagi kita hadis Nabi (saw) ini untuk menjadi perangsang kepada kita untuk
solat tarawih. Baginda menganjurkannya sambil menjanjikan keampunan dari dosa-dosa
yang telah lalu.
Kita semua orang yang berdosa.. maka marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan
keampunan bagi dosa-dosa kita.

Satu perkara yang harus diperhatikan ialah syarat yang diletakkan oleh Nabi (saw) untuk
mendapat pengampunan dosa yang telah lalu ialah kita bangun bersolat dengan “imaanan
wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “ iman dan mengharapkan keredhaan
Allah”. Maknanya kita memastikan ketulusan iman, keikhlasan niat, penyerahan yang
redha kepada Allah. Ia bermakna kita perlu berusaha meningkatkan kualiti tarawih kita.

Satu perkara yang sering menjadi bahan perdebatan mengenai tarawih ialah bilangan
rakaatnya. Ada pula yang menimbulkan persoalan lain; solat berseorangankah yang baik
atau berjamaah? Sikap terbaik dalam hal ini ialah kita berlapang dada dengan perbezaan
pendapat yang wujud ini tanpa memperkecilkan atau meremehkan salah satu pendapat
yang lain. Perdebatan ini akan tidak berkesudahan kerana masing-masing mempunyai
kekuatan hujjahnya masing-masing.

Yang penting, pilihlah satu pendapat yang kita yakini hujjahnya dan berusahalah mencari
jalan bagi mendapatkan solat tarawih yang paling berkualiti. Ini mungkin bermakna kita
akan solat di surau berdekatan rumah kita atau kita terpaksa bersolat di masjid atau surau
yang jauh dari rumah kita. Atau mungkin ia bermakna kita akan solat sendirian atau
bersama keluarga di rumah.

Apa yang perlu kita risaukan ialah bagaimana kualiti tarawih tersebut; tidak kira samada
ianya 20 atau 8 rakaat, di masjid jauh atau di surau dekat, kita kerjakan berseorangan
atau berjamaah.
Yang penting, solat tarawih yang mempunyai kualiti “imaanan wah tisaaban” bukan dibuat
sekadar melepaskan batuk di tangga tetapi dengan perancangan yang sedar dan
pemilihan yang teliti. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan
kita di kalangan orang yang diredhai-Nya.

           

Wednesday, 3 August 2011

Hikmah Bersahur.. (:

Okey hari nie kite citer pasal hikmah kita bersahur..

Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah
bersahur. Bersabda Nabi (saw):


“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda:
“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu
hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat
kepada orang-orang yang bersahur”.
(hadis Riwayat Ahmad)

Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin
Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw):

“Para sahabat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-orang yang paling bersegera
berbukanya dan paling lambat bersahurnya”
(Riwayat Baihaqi)

Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama,
ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah
sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat.
Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta
dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu
direbut oleh setiap insan. Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk
kita bangun esok pagi untuk bersahur.

Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga
di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a.
Ambillah peluang bangunnya kita di waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat
tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar.
Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar
kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai. Menurut
sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:

“ Bahwa Rasulullah (saw) melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di
awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat,
dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.”
(riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Nabi
(saw):

“Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
(hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i)

Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah
tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan
dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi,
melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat,
peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat
pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya.

Monday, 1 August 2011

Untuk Renungan Bersama..2 Ramadhan

Allah swt berfirman, maksudnya:


Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa .
(Surah al-Baqarah: 183)

Ayat ini merupakan ayat yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di
samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan dari ibadah
puasa kita “agar kamu bertaqwa”. Darjah taqwa ialah darjah tertinggi yang boleh
dicapai oleh seorang hamba. Orang yang bertaqwa dijanjikan surga oleh Allah:

“ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang
penuh kenikmatan di sisi Tuhannya”
(Surah al-Qalam:34)

“ Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnnya
seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah ali-Imran: 133)

Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam al-
Quran:


“Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagi
orang-orang yang bertaqwa."
(Surah al-Baqarah: 1-2)

Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan layak
mendapat bantuan Allah di dunia lagi. Firman Allah bermaksud:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan
keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Surah at-Talaq: 2-3)

Orang-orang bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah:

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang
bertaqwa dari kalangan kamu”
(Surah al-Hujurat: 13)

Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi
orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan
bantuan sejak di dunia lagi.
Pasti untuk memperolehinya agak sukar.
Namun kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT.
Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat
taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita
Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin.
     
                        

Sunday, 31 July 2011

Renungan Ramadhan..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan
usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan :
“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan
Ramadhan.”

Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan
bermaksud:
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke
atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan
ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.
Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah (saw) setiap menjelangnya
Ramadhan.
Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadhan adalah satu peristiwa
yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya
yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat di bulan ini. Adalah rugi kiranya
kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.
Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa
tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas
terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah
dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.
Nah.. jika begitu. Kita tanyakan diri kita pada hari pertama ini. Mahukah kita
menerima tawaran dan pemberian Allah ini? Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang
mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan
lebih 83 tahun.. mungkin melampaui kadar umur kita?

Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis tersebut:
“Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi”.

Maka tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin
keberkatan di bulan Ramadhan. Kita tingkatkan komitment kita untuk
rakus dan haloba mencari pahala dan kita pasang janji kita untuk berlumba
memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Marilah sama-sama
kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi. Aminn..

Saturday, 30 July 2011

KELEBIHAN RAMADHAN (:

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

semoga kita dapat menikamati dan menghayati kelebihan bulan ramadhan kali ini..aminn


Wednesday, 27 July 2011

Mengapa Wanita Dan Lelaki Saling Memerlukan??


Hurm lme dh tak update blog. Tiba-tiba hari ni nak menulis sebab dapat idea daripada seorang member yg tengah bermasalah tu... korang bace jelah ape yg aku tulis nih..hehehe
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…


walau ape pun terjadi, baik atau buruk diri dia,aku tetap sayang dan cintakan dia sampai aku mati...